join le..=)

Saturday, January 21, 2012

Wasiat Cintaku

assalamualaikum dan slmat mlm buat semua blogger =)..lame dh xupdate blog ney sbab skrang ney la baru  kitorang cuti..alamatnye,after cuti ney extra class pagi ptg siang mlm,weekend tu ade pulak bengkel akademik..ni smua pon utk kite kan..kan ke sy calon pmr..=)okay,straight to the point,mase sklh dulu,sy sempat gak curahkan idea ckit nk buat cerpen yg tak sehebat mane ayat die..ni la..kalau ade pape komen,silakanlah ye..

     Memang benar cinta itu buta.Tetapi bagi sahabatku dan aku lain.Kami beruda sentiasa mencintai orang yang sama.Setiap kali aku mencintai seseorang itu,sahabatku juga mencintainya.Begitu juga sebaliknya.

    Namun,aku akan mengundur diri dari drama cinta tiga segi ini.Biarlah dia meniti titian bahagia itu bersamanya.Aku lebih rela kehilangan cintaku daripada kehilangan seorang sahabat sejati.Aku akan sentiasa menadah tangan untuk kebahagiaanmu.Usah risau sahabatku.Jika itu sedah takdir untuk kamu bersama dia,aku redha.Aku akan terus mencari cinta sejati di muka bumi yang Allah berikan ini walaupun aku tahu aku tidak akan dapat merasai alam perkahwinan.

     Hanya satu yang ingin ku sampaikan kepada kamu,jangan lepaskan dia dan jadilah isteri yang solehah serta patuh kepada suami.Mungkin,selepas ini aku tidak akan lagi menjenguk teratak kasihmu ini.Bukannya aku tak sudi mahupun benci padamu,tetapi Allah lebih menyayangiku.Ketika ini,aku sedang bertarung nyawa.Aku ingin melihat kamu melahirkan zuriat yang soleh-solehah dan sihat-sihat belaka sebelum mataku tertutup rapat.Janganlah jadi seperti aku.
   
    Pada masa ini,aku tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menikmati indahnya dunia pinjaman Allah ini.Aku berharap kau mampu menjaga dan membahagiakannya untukku.Hanya dirimu yang ku harapkan.Doakan aku nanti agar sentiasa bersama -sama dengan golongan yang beriman.Bawalah dia bersammamu tika kamu menziarahi pusarakau nanti.Sampaikan salamku kepadanya nanti.Jangan kau sesekali mengeluarkan ayat hidupku.
 
    Aku ingin engkau mencetak diariku ini sebagai sebuah novel.Aku ingin engkau gunakan namamu sebagai pengarangnya.Aku berbuat begini kerana aku tidak mahu dia tahu perasaan cintaku padanya dan kamu ingin menjadi seorang novelis bukan?Mulakanlah cita-citamu dengan mencetak diariku ini.
 
    Aku rasa sudah tidak terdaya lagi untuk mencoretkan garisan-garisan hidupku.Esok aku akan menjalani pembedahan dan aku merasakan pembehan itu merupakan pembedahanku yang terakhir dan juga yang akan gagal.Sebab itulah aku cuba menahan sakitku ini untuk menulis wasiat ini padamu.Wasiat yang kunamakan "Wasiat Cintaku".
   
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...