join le..=)

Monday, January 23, 2012

Kertas Terakhir Untukku

     Aku mengenali seseorang ini hanya di laman web sosial iaitu Twitter.Walaupun aku tidak begitu rapat dengan dirinya,namun aku dapat merasakan yang aku telah jatuh cinta padanya buat pertama kali.

    Cara dia meluahkan perasaannya di Twitter menunjukkan yang dia sedang mencari cinta sejati walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan dapat memilikinya sekalipun..Dia menceritakan segalanya padaku walaupun dia tidak tahu siapa diriku.Itu menunjukkan dia mempercayai aku.Aku begitu terharu dengan segala pengorbanannya.

    Dia hanya mampu mencintai perempuan itu dari jauh tetapi tidakkah dia melihat diriku di sini yang melambaikan bahtera cinta kepadanya?Dia begitu setia menunggu dan terus menunggu walaupun penyakit di dalam dirinya kian meruncing.Dia sentiasa berdoa agar perempuan itu akan berpaling padanya walaupun sebentar.Itu sudah cukup baginya.

     Tidakkah dia melihat aku setia mendengar rintihannya di sini?Tidakkah dia melihat aku menanti  sambutan tangannya tika ku jatuh dari arus kehidupan ini?Aku tahu aku bukan sesiapa untuk menggantikan dirinya dalam dirimu.Aku tahu kau akan meninggalkanku sebentar sahaja lagi.Sekarang,aku terus berusaha mencari siapakah perempuan sejati yang kau maksudkan itu untuk berpaling padamu walaupun sekali seumur hidup sebelum kau terus menutup matamu.Aku di sini terus mngalirkan air mata tanpa henti namun,aku setia menunggumu.

    Semakin hari aku terasa semakin rapat denganmu sehinggalah suatu hari engkau mengajakku keluar untuk makan tengahari.Perasaanku ketika itu mendadak ke tahap maksimum..Aku tidak sabar untuk melihat wajahmu yang sebenar.
 
***

    Ketika aku sampai di restoran itu,aku tercari-cari dimanakah dia berada dan aku dapat melihat satu lambaian daripada orang yang tidak aku kenali.Subhanallah!!Indah benar rupa parasnya.Aku terus menuju ke arah lelaki tersebut dengan perasaan yang amat minimum ketika itu.Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku tetapi aku menolaknya kerana agamaku tidak membenarkan aku bersentuhan kulit dengan bukan muhrim.

   Setelah aku duduk menghadapnya,kami terus membuat pesanan.Aku tidak mampu berkata apa-apa.Dia terus memulakan perbualan setelah melihat wajahku yang merah  padam itu.Dia menceritakan segala latar belakangnya kepadaku.Aku terkejut benar dengan segala kisah hidupnya.Rupa-rupanya dia mencintai agamaku iaitu Islam.Sebab itulah,dia mengajakku keluar untuk memahami Islam dengan lebih mendalam lagi walaupun aku tidak seberapa "expert" untuk menerangkan padanya dan aku mengesyorkan dia untuk berjumpa dengan rakanku yang juga seorang ustaz.Dia juga pernah mencintai seorang wanita Islam tetapi wanita itu telah menghancurkan hidupnya.Oleh itu,dia memberi seluruh kepercayaannya kepadaku untuk mengajarnya tentang Islam.

    ***

     Setelah berbulan-bulan lamanya ku mengenali dia,akhirnya dia  meluahkan perasaannya untuk memeluk Islam.Aku begitu terharu dengan pengorbanan  dia kerana mampu bertahan daripada terus jatuh setelah menerima pelbagai tomahan daripada keluarganya.Alhamdulillah..Namanya kini tidak lagi Eric Joe tetapi Aiman Fadhillah.Aku sangat bersyukur kerana mampu memberi pertolongan untuk nyamencintai Islam.

***

     Ketika ku sedang khusyuk belajar,aku menerima satu mesej dari sahabatmu yang menyuruhku pergi ke hospital dengan segera..Aku rela meninggalkan kelas ku semata-mata ingin berjumpa denganmu.Sepanjang perjalanan aku ke sana,pelbagai permainan menguasai fikiranku.Ku berharap,kau akan kembali sihat seperti sediakala.Aku tahu kau seorang yang tabah.Namun,sebaik sahaja aku sampai di sana,ibumu terus memelukku dan memberiku sehelai kertas.Setelah ku membacanya,aku terus sujud menyembah bumi.Mengapa engkau tidak memberitahuku dari awal lagi dan aku ingin kau tahu bahawa aku cinta padamu jua..Mengapa kau pinang aku dengan cara ini?Menyakitkan!

Assalamualaikum,Farisya.Ini saya,Aiman.Tujuan saya menulis surat ini hanya ingin meminta kamu untuk menjaga ibuku setelah aku pergi nanti.Hari ini merupakan hari pembedahanku dan aku merasakan ini merupakan hari terakhir aku untuk menikmati manisnya kehidupan yang Allah pinjamkan ini.Dan,sebelum ku menutup mata,ingin aku ucapkan kepada kamu Farisya.Aku mencintaimu,Farisya.Dengan nama Allah,aku pinang kau dengan bismillah.wassalam..

                                                                                                                      Yang menyayangimu,
                                                                                                                               Aiman


***

     Kini,aku mampu menziarahi pusaramu sahaja.Rupa-rupanya perempuan sejati yang kau impikan itu ialah aku.Aku tidak mampu mencari pengganti yang lain selain darimu walaupun sudah 3 tahun kau meninggalkanku keseorangan.Aiman,aku ingin kau tahu,ibumu sekarang sudah tiada jua..Maafkan aku kerana tidak dapat menjaganya dengan baik.Dia mengalami strok ketika tidur dan aku kuburkan dia di sebelah kau.Aku berharap kau sentiasa bersama dengan golongan yang dirahmati Allah.

8 comments:

Qad Iskhall said...

kedak ungunya cinta plus short story nak kmk baca ya.nice job tkot! err aiman fadhillah ya nama kak aiman nak? -_-

atikahhasbi said...

haha..xterpike pn da nama kak aiman ndah tek..mek ngenjen jk senanye..gk ngantok2 mlh bnda tk..haiyoo..

Anonymous said...

tkah!!! nak pa cdeh gilak cta ktk ya.... mala jak ada org mati... huhuhu >.< polah la hepi ending.... tapi apa2 pon cta tok ng bezz... boleh polah movie tok... setanding an ombak rindu...

atikahhasbi said...

haha..makseh2..ngenjen jk senanye..xda idea mok plh apa..ayat pn tunggang-terbalit.klk la mek plh happy ending cam kisah ktk ow??tajuk "Ketupat raya"..HEHE

Anonymous said...

pande na wak miak tok.... ish3.... ^^,

atikahhasbi said...

hee~read my new post!!ada tajuk cita ktk cya..hehe

Qad Iskhall said...

rugged do! bahaha. kakya tek? ndak alah2 sedeh2. twist2 sikit. good job btw

atikahhasbi said...

haha..insyaAllah kmk akn tuka ke happy ending..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...